Dalam hidup ni banyak bende yang kita nak capai dari kecik sampai besar..dari alam kanak2 hingga ke alam remaja.
Masa kecik2 dulu selalu ada impian mengarut2 contohnya nak jumpa unikorn dalam citer sailormoon.name dye pegasus.
Selain nak jumpa kuda ni,aku jugak selalu nak kawin dengan mamoro iaitu bofriend kepada sailormoon.Oih mcamna boleh fall in love ngan kartuun?..ish2,baru aku sedar,cter ni memang bagi impak maksima dalam hidup aku..
nak kahwin naik pegasus.
suki des!!!
Masa form 3 aku n kengkawan sangat bercita-cita tinggi nak bukak perniagaan,konon2 nak bukak syarikat ape tah ala-ala cter annisa kat tb3 tu lahh..Kitorang siap nak gabung2 nama lagi tapi nama yg kuar semua x sedap.
masa tu memang semangat gila lah! padahal xtau pon nak berniaga apa.Mungkin masa tu kitorang bukan nak berniaga tapi nak bukak syarikat je kot.hehe..
aku cop nak jadik sara~
Dah lepas sekolah lagi lah macam2 idea datang.lepas tengok project runaway mulalah tukar cite2 nak jadik designer..Tgk shear genius rase nak jadik tukang gunting rambut lah pulak..Bestnya lahai kalau boleh jadik ape je yang ko nak dalam sekelip mata.
projek runewey
lately ni aku cubalah nasib dalm bidang perniagaan online jual tudung..banyak gak lah sambutan and customer.Tapi sebab aku full time student x dapat lah nak bg komitmen 100 percent kat blogshop ni,pos barang pon seminggu sekali je tu pon time hari yang aku takde kelas banyak.Sebenarnya teringin jugak nak buat betul2 contohnya nak design tudung sendiri ke,jahit2 manik and apa2 lah bg tudung2 ni nampak exclusive sikit tapi buat masa ni memang x de masa.Tapii aku dah berniat time cuti sem ni nak berniaga secara agresif siket.heheh.Kat umah drpd membongkang je tengok tb baik aku tambah income kan.
Lagi satu aku nak lah pakaikan tudung2 ni kat org2 senang sikt nak bg tgk kat fb tapi kengkawan aku ni semuanya tanak!Kalau posing kemera bukan main lagiii.Sakit pulak ati kite ni.
Lepastu2 aku ni adelah lagi satu impian,nak reka2 baju sendiri lah.uihh bestnya kalau buat cmtu n ade label sendiri.Kalau stakat nak sketch2 ni aku pandai lah jugak mslhnya nak menjahit bajunya tu memang lah x pandai.
bilalah baju ni betul2 akan jadi baju?
sketching ngarut2
Aku bangga betul lah bila fashion blogger yg aku bce2 ni dah bukak label sendirii..rasa mcm ko bukan je pandai memakaii tapi pandai gakk nak wat duit jual baju2 yang ko design..contohnya pastelina n wonder wadrobe.tapi korg ni memg kaya dah pon nak wat apa2 petik jari je (agaknya lah).
banyak lagi lah aku nak jadik..contohnya florist,bukak secret recepi,bukak kedai makan,bukak butik.bukak syarikat konsultant engineering,jadik bini org kaye.nak jadik dsesigner,interior designer,.ohoho kalau senaraikan boleh panjang satu skroll lah!
Semoga impian dan cita-cita aku menjadi realiti.aamiin!